Ketika aku menulis entry ini aku berada di opis kerana membuat kerja yang banyak. Entahlah.......semenjak dua menjak ni aku rasa dugaan yang datang kali ini bertali arus. Bagi mereka yang dah tau, mak aku jatuh sakit :-( Aku rasa amat tertekan. Aku tau ini semua ujian dariNya cuma kadang-kadang aku rasa seakan tidak termampu untuk menghadapinya. Tapi bila melihat muka mak aku, aku terpaksa menguatkan semangat untuk terus berusaha mengubatinya. Sedih............bila melihatkan mak aku. Mak...., selagi nyawa dikandung badan petz berjanji akan berikhtiar sedaya mungkin untuk mencari penawarnya. Biarlah ujian ini berakhir dengan cepat. Aku hanya mampu bertahan........, dan berdoa kerana hanya itu yang aku termampu. Mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mak dengan linangan airmata....semoga mak cepat sembuh.
Kawan-kawan....,maafkanlah aku kerana tidak dapat menyertai aktiviti-aktiviti bersama kalian kerana aku mempunyai sesuatu untuk diuruskan. Hanya aku pinta agar kawan-kawan aku turut sama mendoakan mak aku supaya sembuh cepat. Aku tak bermaya....
Aku hanya insan biasa, hina lagi lemah. Aku tak tau nak cakap apa lagi....
Wassalam
P/s : I Love You Sabrina..., I Miz You So Much.....
No comments:
Post a Comment